KOMEN DAN CADANGAN


Bagi saya Latihan Industri ini adalah salah satu langkah yang terbaik untuk para pelajar kerana ia akan memberi impak yang berkesan apabila pelajar menempuh ke alam dunia pekerjaan kelak. Latihan Industri ini patut diteruskan sahaja oleh pihak Politeknik kerana dengan cara ini dapat menyiapkan diri pelajar untuk merasai pengalaman sebagai seorang pekerja bawahan.

            Pada pemerhatian saya, masih ada kekurangan dan kelebihan yang saya dapat sepanjang Latihan Industri ini dijalankan. Tujuan saya ini tidaklah untuk mengguriskan hati mana-mana pihak tetapi adalah untuk menjayakan lagi program Latihan Industri ini, ianya mungkin akan memberi kesan yang baik kepada pelajar-pelajar praktikal yang akan datang.

Antara senarai saranan dan cadangan saya sepanjang Latihan Industri dijalankan :

* Pihak syarikat seharusnya menempatkan pelajar praktikal kepada unit-unit atau jabatan-              jabatan yang berkaitan dengan jurusan yang diambil oleh pelajar praktikal. Dengan cara              ini, para pelajar dapat mengembangkan lagi ilmu yang telah dipelajari dari Politeknik                  berdasarkan jurusan yang diceburi.

* Pihak syarikat perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Sebagai contoh, apabila pelajar              diperlukan untuk membina sistem yang tidak pernah dipelajari sebelum ini maka perlu              diajar atau dipantau oleh Unit Teknologi Maklumat kerana mencipta sistem ini banyak memberi  tekanan kepada para pelajar.

* Staf-staf di syarikat ini amat ramah dan mesra. Ianya dapat memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya. Hal ini, dapat mengeratkan hubungan antara staf-staf di syarikat ini dengan pelajar-pelajar praktikal. Ianya juga dapat memupuk semangat kerjasama antara staf dan para pelajar.

* Pihak syarikat perlu menyediakan meja lebih untuk staf kerana meja yang lebih itu boleh diduduk oleh pelajar praktikal. Hal ini, pelajar praktikal tidak perlu menumpang duduk di meja staf yang sedia ada. Kerana ia mungkin akan menyusahkan atau mengganggu staf yang duduk di meja tersebut untuk melakukan kerja mereka dan mungkin pelajar akan rasa bersalah kerana mengganggu mereka untuk melakukan tugas mereka.

* Pihak syarikat perlu menyediakan jadual tugas kepada para pelajar supaya para pelajar dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancang mengikut pada jadual yang telah disediakan. Hal ini, para pelajar tidak akan rasa terasing dengan staf-staf lain dan tidak akan membuang masa begitu sahaja sekiranya pelajar mempunyai banyak masa yang terluang.

* Pihak Politeknik perlu memaklumkan lebih awal kepada pelajar sekiranya ada apa-apa pertukaran peraturan yang baru supaya pelajar dapat membuat kerja dengan sehabis baik. 

No comments:

Post a Comment