PENGHARGAAN DAN DEDIKASI

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester (20 minggu). Tujuan latihan industri ini disediakan adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan sebenar. Diharapkan dengan adanya latihan industri seperti ini, setiap pelajar dapat menimba ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan setelah mereka mendapat perkejaan kelak.

Saya, Nur Hafidzoh Bt Zulkafli, pelajar dari Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan di Politeknik Balik Pulau sebagai pelajar Politeknik mesti lulus dalam peperiksaan akhir semester enam iaitu Latihan Industri, para pelajar akan dihantar ke pelbagai organisasi kerajaan atau swasta. Walaubagaimanapun, tempat latihan yang sesuai atau yang diigini oleh pelajar adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:-

Kesediaan firma atau jabatan menerima pelajar .

Kekosongan tempat latihan yang dipohon.

Permintaan dari firma atau jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar di institusi pengajian.



Tujuan utama buku panduan Latihan Industri disediakan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri supaya bersedia menempuh segala cabaran di alam pekerjaan dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Dengan buku panduan ini, para pelajar dapat menangani segala kerumitan yang mungkin timbul dan seterusnya meneruskan Latihan Industri dengan berjaya.


Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu yang sering membantu saya sepanjang menjalani latihan industri serta meyiapkan blog ini. Pertama sekali kepada Pn NoorHidayah Bt Zakaria salah seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Kolej Vokasional Balik Pulau yang telah banyak menberi tunjuk ajar kepada saya . Terima kasih juga kepada En Abdul Rahim Bin Ahmad iaitu salah seorang Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi di Kolej Vokasional Balik Pulau kerana memberi dorongan sepanjang latihan industri ini.

Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Balik Pulau iaitu En Suntheren Yoganathan yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalankan program Latihan Industri di Kolej Vokasional Balik Pulau. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam penghasilan laporan saya ini.


Sekian, Terima Kasih



DEDIKASI

“Khusus untuk ayah dan bonda saya iaitu Zulkafli Bin Zakaria, Rohani Md Isa serta seisi keluarga yang telah banyak memberikan sokongan, dorongan dan nasihat kepada saya. Kepada staf Kolej Vokasional Balik Pulau yang tidak dilupa, telah memberi peluang saya berada disini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana banyak memberi tunjuk ajar dan segala imu dari segi teori dan praktikal sebelum saya menjalankan Latihan Industri ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT(PROGRAMMING) yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan laporan ini.”



PERAKUAN PELAJAR

“Saya akui Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan.”

Tandatangan          : ………………………………...
Nama Pelajar         : NUR HAFIDZOH BT ZULKAFLI
No. Pendaftaran    : 21DIP15F1137


Tarikh                     : …………………………………..


No comments:

Post a Comment