Latihan industri adalah merupakan satu komponen utama dalam
ko-kurikulum pembelajaran di Politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan
industri sebelum ini diperakui untuk penganugerahan diploma dimana-mana pusat
pengajian. Pelajar akan ditempatkan di jabatan - jabatan kerajaan atau syarikat
- syarikat swasta selama 20 minggu bagi mendedahkan mereka kepada suasana
pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di pusat
pengajian. Pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah
yang belum pernah di tempuhi. Oleh itu, antara tujuan utama latihan
industri ini diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan
yang sebenar apabila para pelajar tamat belajar di Politeknik nanti.
Para pelajar juga berpeluang untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan atau teori yang berkaitan dengan bidang yang diambil ketika berada di Politeknik semasa menjalankan latihan industri dan memberi peluang kepada para pelajar untuk menggunakan idea sendiri yang kreatif untuk kebaikan firma dan secara tidak langsung untuk kebaikan diri sendiri juga. Dengan itu, pengalaman yang telah ada ini, mungkin dapat membantu para pelajar untuk pembelajaran pada semester berikutnya dan alam pekerjaan yang sebenar. Para pelajar juga dapat didedahkan kepada cara-cara untuk berkomunikasi dengan baik, meluaskan pergaulan sesama rakan di tempat kerja dan orang sekeliling, memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi dan hubungan baik dengan pekerja industri di mana ini sekali gus dapat menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap sesuatu tugasan serta keseimbangan dari pelbagai aspek.

Di samping itu, dengan mengikuti latihan industri, pelajar dapat membaiki kelemahan diri sendiri untuk lebih maju dan berfikiran rasional dalam menangani sebarang masalah. Semasa menjalankan latihan industri, para pelajar dapat menilai kebolehan mereka terhadap tugasan yang diberi oleh majikan. Pelajar dengan sendirinya dapat menanamkan semangat produktiviti terhadap cabaran serta rintangan yang dihadapi.
Semoga dengan adanya
latihan industri ini mampu untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar bagi
membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih berkesan ke arah pembangunan
Malaysia di masa hadapan dan juga mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan
mereka.
Kesimpulannya, objektif
dalam menjalani latihan industri ini adalah untuk:
·
Mendedahkan pelajar kepada
alam pekerjaan yang sebenar.
·
Menanamkan semangat kerja
berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
·
Membolehkan pelajar melihat
kaitan antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal.
·
Mengamalkan dan mematuhi
peraturan-peraturan keselamatan semasa latihan industri.
·
Meningkatkan sikap jujur ,
amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang diterima.
·
Membentuk dan mengukuhkan
keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan.
·
Menimbulkan kesedaran serta
meningkatkan minat pelajar terhadap bidang yang dipilih.
·
Dapat menilai kebolehan
diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat
pengajian.
No comments:
Post a Comment